JEJAK ALUMNI TERSOHOR @ PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Jejak Alumni Tersohor bersama YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani (FSP 1990), Setiausaha Kerajaan Johor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani merupakan Alumni UKM dari Fakulti Sains Pembangunan. Objektif Jejak ini ialah untuk mengunjungi alumni tersohor yang berada di seluruh negeri dan berkongsi perkembangan dan aktiviti terkini universiti bersama alumni.
Delegasi dari UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM diiringi YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan), dan Puan Farah Farzana Rasol Ketua Pentadbiran. Pelbagai perkara telah dikongsikan antaranya program kerjasama yang akan dilaksanakan dan perkembangan terkini Pusat Perhubungan Alumni dan UKM.