LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM KE UNIT UTMALUMNI
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke Pejabat Alumni Universiti Teknologi Malaysia yang diwakili oleh YBrs Dr. Roslan Jaafar (Pengarah ALUMNI-UKM), Dr. Hilwa Abdullah@ Mohd. Nor (Timbalan Pengarah ALUMNI-UKM), YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan bersama beberapa kakitangan pusat. Delegasi ini disambut baik oleh pihak UTMAlumni yang diwakili Encik Amirul Shahrin yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan di Unit UTMAlumni.
Lawatan ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan Pusat Perhubungan Alumni UKM terutamanya dari segi pengurusan data dan antarabangsa. Sesi pertukaran idea dan informasi juga berjalan dengan lancar.