KEJOHANAN BOWLING ALUMNI UKM (JABATAN PENJARA MALAYSIA DAN ALUMNI DALAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA)

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan Kejohanan Bowling Alumni UKM. Objektif kejohanan ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan alumni UKM bersama alma mater. Kejohanan ini terbuka kepada alumni di Jabatan Penjara Malaysia dan alumni dalaman UKM.
Sebanyak 10 kumpulan dari alumni UKM penjara dan 10 kumpulan dari alumni dalaman UKM yang menyertai kejohanan ini.
Turut hadir memeriahkan kejohanan ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat UKM, TKP Kamarul Alam Taib, Timbalan Komisioner Penjara, Jabatan Penjara Malaysia dan Dr. Noradura Hamzah, wakil Majlis Alumni UKM.