MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIH ANUGERAH MALAM ALUMNI UNIVERSITI AWAM (MAL 23)

Pada 14 Ogos 2023 (Isnin), telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Anugerah Malam Alumni Universiti Awam (MAL 23). Mesyuarat ini bertujuan untuk saringan awal bagi pencalonan MAL 23.
Para juri bagi saringan ini hadir dari pelbagai universiti awam di seluruh Malaysia. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia; Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya dan Prof. Dr. Akmal Khuzairy Abd. Rahman, (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Masyarakat) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.