???? ??????????? ?????? ??? : ?????????? ???????????? ?????????

Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Kolej Rahim Kajai (KRK), Kolej Tun Hussein On (KTHO) dan Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) akan menganjurkan Siri Perkongsian Ilmu Alumni UKM : Memperkasa Keusahawanan Mahasiswa bersama usahawan muda alumni UKM. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan platform kepada alumni UKM untuk berkongsi pengalaman, cabaran, kerjaya dan nasihat kepada pelajar-pelajar UKM.
Program ini bertempat di Foyer Pejabat Pentadbiran, Kolej Rahim Kajai (KRK) Bilik Seminar Utama, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dan Dewan Besar, Kolej Pendeta Za’ba (KPZ).
Alumni jemputan bagi Kolej Rahim Kajai (KRK) ialah Encik Mohd Sabri Leman (FEP 2016). Beliau bergraduasi dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. Beliau merupakan pengasas bagi syarikat Light Green Enterprise. Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit, Pengetua Kolej Rahim Kajai (KRK).
Alumni jemputan bagi Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) ialah Cik Farhana Akmal Azahar (FST 2022). Beliau bergraduasi dari Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Beliau merupakan pengasas bagi syarikat Luqfa Beauty dan juga Luqfa Academy. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Bin Othman, Pengetua Kolej Tun Hussein Onn (KTHO).
Alumni jemputan bagi Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) ialah Encik Mohd Fathuddin Fakri Ramli (FUU 2022). Beliau bergraduasi dari Fakulti Undang-Undang UKM. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di bagi syarikat RV Life. Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Dr. Darman Nordin, Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba (KPZ).
Antara perkara yang setiap panel jemputan kongskikan ialah kehidupan pahit manis semasa belajar di ukm, faktor tercetusnya idea usahawan, cabaran dalam perniagaan dan nasihat kepada pelajar-pelajar UKM yang ingin menceburi dalm bidang perniagaan.