MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MAJLIS ALUMNI & PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM
9 Disember 2023 (Sabtu)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni UKM bertempat di UKMShape. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan hala tuju Majlis Alumni UKM akan datang, perkembangan terkini UKM dan program kolaborasi antara Majlis Alumni UKM dan Pusat Perhubungan Alumni UKM pada masa akan datang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Presiden Majlis Alumni UKM. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Naib Presiden Majlis Alumni UKM; YBrs. Dr. Noradura Hamzah, Setiausaha Kehormat Majlis Alumni UKM; En. Mohd Razif Mohd Nor, Bendahari Kehormat Majlis Alumni UKM; En. Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari Majlis Alumni UKM dan YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM.