LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM) KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM (ALUMNI-UKM)

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menerima lawatan Penanda Aras dari Pusat Hubungan Alumni Open University Malaysia (OUM). Delegasi dari OUM diketuai oleh Puan Laila Sukma Ngah. Delegasi disambut baik oleh YBrs. Dr. Roslan Jaafar, Pengarah ALUMNI-UKM YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah Pemasaran dan Penjanaan ALUMNI-UKM; YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd Nor Timbalan Pengarah Aktiviti dan Jaringan ALUMNI-UKM; Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran ALUMNI-UKM dan kakitangan pusat.
Lawatan ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan lagi prestasi kedua-dua pihak terutamanya dari segi pengurusan alumni dan potensi kolaborasi antara Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Pusat Perhubungan Alumni OUM. Sesi pertukaran idea dan informasi juga berjalan dengan lancar.