ALUMNI CARE 9.0 EDISI RAMADAN: MAJLIS IFTAR ALUMNI BERSAMA RUMAH BAKTI NUR AIN BANGI

Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Syarikat Light Green Enterprise telah menjayakan Majlis Iftar Alumni bersama Rumah Bakti Nur Ain Bangi. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil yang dipimpin oleh YBrs. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pusat Islam UKM. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut hadir Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari UKM; YBrs. Prof. Madya Dr. Salleh Amat, Pengarah Pusat Pembangunan Karier UKM dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Bin Ab. Rahman, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).
Seramai 23 orang anak-anak yatim dan asnaf telah menerima sumbangan beg sekolah, baju raya dan duit raya daripada Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Syarikat Light Green Enterprise.
Semoga majlis yang telah diadakan ini dapat menceriakan anak-anak di Rumah Bakti Nur Ain Bangi ini. Sekalung Penghargaan juga diucapkan buat alumni usahawan muda UKM iaitu Encik Mohd Sabri Leman (FEP 2016), Pengasas dan Pemilik Syarikat Light Green Enterprise atas sumbangan yang telah diberikan.