ALUMNI AKTIF 3.0 : KEJOHANAN TERBUKA GOLF ALUMNI UKM 2024

11-5-2024
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Alumni Aktif 3.0 : Kejohanan Terbuka Golf Alumni UKM 2024 yang bertempat di Kelab Golf Danau UKM. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil. Objektif program ini ialah untuk mengumpul sumbangan ke Tabung Kebajikan Pelajar bagi membantu aktiviti kebajikan, pembangunan, dan pendidikan yang dapat memberi manfaat kepada semua pelajar di UKM.
Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin, Lembaga Pengarah UKM (Wakil Alumni Universiti); Datuk Johan Idris, Lembaga Pengarah UKM (Wakil Sektor Swasta); YBrs. Tuan Lim Kim Heng, Pengerusi Eksekutif Sengheng Malaysia; YBrs. Puan Elvy Kassim, Ketua Perniagaan Kad Affin Bank Berhad dan YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Kejohanan ini telah menerima sumbangan sebanyak RM50,000.00. Antara penaja utama ialah Syarikat Seng Heng Malaysia dan juga Affin Bank serta rakan penaja lain seperti UKM Holdings, UKM Specialist Centre, Cybersecurity Malaysia, Redland Aviation Sdn. Bhd., Hot Meal Ba, Zus Coffee, Skyworth dan juga Dr. Amsyar Water Purifier.
Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja, alumni, warga UKM serta orang ramai atas sokongan kepada kejohanan ini.