SIRI SYARAHAN ALUMNI UKM
Perkongsian Santai Bersama Alumni Tersohor Fakulti Undang-Undang UKM
18-5-2024 (Sabtu)
Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Fakilti Undang-Undang UKM (FUU) telah menganjurkan siri Syarahan Alumni yang menampilkan Puan Rodziah Zainudin (FUU 1994). Beliau merupakan Penasihat Am Bersekutu, Gas-ke-Cecair dan Ketua Perundangan Shell Malaysia.
Sesi Syarahan Alumni ini bermula dengan ucapan pembukaan dari YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut hadir dalam sesi perkongsian ini ialah YBrs. Dr. Muhamad Helmi Md. Said, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) Fakulti Undang-Undang UKM; Encik Ahmad Nabil Azizan, Pengerusi Persatuan Alumni Fakulti Undang-Undang UKM dan Ahli Majlis Alumni UKM dan YBrs. Dr. Mohd Shahril Nizam Md Radzi, Penolong Dekan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Fakulti Undang-Undang UKM.
Antara perkara yang dikongsikan oleh Puan Rodziah Zainudin ialah pengalaman ketika beliau menuntut ilmu di UKM dan perjalanan karier beliau di sektor industri sehingga ke peringkat antarabangsa.