PROFESOR KE DESA ALUMNI UKM

Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah mengadakan Program Profersor ke Desa. STEM4Cash menampilkan dua alumni akademia UKM yang memperkenalkan sains dan aplikasinya dalam menukarkan sumber alam tempatan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya kepada suatu yang bernilai dan berharga serta boleh dikomersilkan. Pelajar diminta untuk mengadakan aktiviti secara berkumpulan yang dibantu oleh fasilitator. Tahniah dan terima kasih Prof. Dr. Azwan dan Prof. Madya Dr. Shazrul.
 
Rekacipta Kejuruteraan merupakan aktiviti kedua bersama pelajar-pelajar SMK Pekula Jaya, Tikam Batu Kedah. Pelajar berinovasi mencipta kereta elektrik dan menghiasi seperti jentera tempur Batman. Kreativiti, ketelitian dan semangat berpasukan diuji. Hadir dalam sesi ini adalah Puan Nurzamzila Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya bersama ahli pengurusan sekolah. Beliau sangat kagum melihat kesungguhan pelajar-pelajarnya dalam menjayakan aktiviti ini.
Misi Program Profesor Ke Desa yang ke 21 kali ini telah melibatkan 22 orang ahli kesemuanya yang terdiri daripada 8 orang alumni, 5 orang mahasiswa dan warga UKM.
Kita perkenalkan UKM, kaedah pembelajaran dan bidang Ilmu kepada anak-anak ini. Semoga mereka semua kembali ke universiti ini sebagai mahasiswa UKM.