ALUMNI CARE 7.0: REMAJA RELAX DAN RECHARGE
Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Yayasan Ihsan Madani dan Adab Youth Garage telah mengadakan Program Alumni Care 7.0 Remaja Relax dan Recharge bersama Kaunselor Pelatih UKM pada 13 Januari 2024 bertempat di Adab Youth Garage Bangi.
Program Alumni Care 7.0 Remaja Relax dan Recharge bersama Kaunselor Pelatih UKM adalah sebuah program kesedaran kesihatan mental yang dibina sebagai satu inisiatif bagi membantu para remaja mengatasi masalah kesejahteraan kesihatan mental dan emosi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang isu kesihatan mental yang sering dialami remaja, kepentingan menjaga kesihatan mental dan memberi latihan tentang kemahiran asas dalam penjagaan kesihatan mental diri sendiri dan orang sekeliling berdasarkan modul kemahiran yang disediakan.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan); YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan); En. Aulia Rahman (FST 2012, HADHARI 2019), Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Ihsan Madani; En. Muhammad Nizam bin Samsudin, Ketua Pegawai Operasi Adab Youth Garage dan En. Muhammad Afiq Ramlee, Ketua Pengarah Operasi Adab Youth Garage.