ALUMNI CARE 1.0 “WE CARE FOR YOU”

Program Alumni Care 1.0 “We Care For You” bersama Kaunselor Pelatih UKM! adalah anjuran bersama Pusat Perhubungan Alumni UKM dan pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling, FSSK UKM. Program ini melibatkan beberapa orang alumni UKM yang menyumbang kepada pembangunan kesejahteraan sosiemosi dan minat ke sekolah bagi anak-anak di sekolah ini.
Ceramah mengenai psikopendidikan Ibubapa juga turut diberikan kepada ibu bapa yang hadir. Ceramah tersebut mengenai hak kanak-kanak, mengenali gaya keibubapaan dan personaliti anak-anak. Malah, guru kaunseling iaitu Cikgu Zanariah juga merupakan alumni UKM juga! Beliau merupakan alumni FSSK 2011 dan FPEND 2017.
Seramai 125 orang murid tahun 4,5 dan 6 terlibat dalam program ini. Antara pengisian bagi program ini adalah sesi ice-breaking dan 3 modul iaitu Aku & Sekolah, Sekolah Idaman dan Aku Yang Hebat.
Di akhir program, satu dokumen Jalinan Kerjasama telah ditandatangani Guru Besar SK Sungai Pelek, Tuan Mohd Amin Bahari dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, Dr. Hilwa Abdullah bagi menyatakan hasrat sekolah untuk menjalin kerjasama di masa akan datang. Semoga program ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada para anak generasi masa hadapan dan juga para ibu bapa yang mencorakkan personaliti dan sahsiah anak-anak ini.