ALUMNI CARE 12.0 : PROGRAM INFAQ IHYA RAMADAN PEK MAKANAN IFTAR

28.3.2024 | Khamis
Pusat Perhubungan Alumni UKM di bawah program flagship Alumni Care telah mengadakan Program Infaq Ihya Ramadan Pek Makanan Iftar. Program ini ialah sumbangan dari syarikat Ikhlas.com. Sebanyak 600 pek makanan iftar telah diagihkan kepada pelajar di 10 buah kolej kediaman kampus Bangi. Syarikat Ikhlas.com turut memberi 1 pakej penerbangan ke Langkawi dan 5 pakej diskaun Umrah sebanyak RM200 kepada pelajar UKM yang bertuah.
Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM dan Encik Yusri Adam (GSB 2020), Commercial Sales Manager Ikhlas.com.