ALUMNI CARE 8.0 : BACK TO SCHOOL BERSAMA ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Jabatan Pendaftar dan My-Sutera Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Alumni Care 8.0 : Back To School Bersama Alumni di Pusanika UKM sempena pembukaan sesi persekolahan yang akan datang tidak lama lagi. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 4 Mac hingga 6 Mac 2024.
Majlis penutup bagi Program Alumni Care 8.0 : Back To School Bersama Alumni telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM; YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM dan YBrs. Tuan Hj. Annas Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif My-Sutera Sdn Bhd. Tuan Hj. Annas Ahmad merupakan alumni UKM dari Fakulti Undang-Undang tahun 1996.
Selain itu, pihak My-Sutera Sdn Bhd. telah memberikan sumbangan bag dan peralatan sekolah sebanyak 200 unit kepada Pusat Perhubungan Alumni UKM untuk diberikan kepada keluarga kakitangan asnaf UKM. Pusat Zakat UKM turut memberikan bantuan persekolahan untuk kakitangan asnaf UKM yang berjumlah RM36,000.00.