ALUMNI CARE EDISI RAMADAN: MAJLIS IFTAR BERSAMA PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK YATIM/MISKIN RUKAIYAH
Pusat Perhubungan Alumni, melalui program flagship Alumni Care telah menganjurkan Majlis Iftar bersama kanak-kanak Yatim/Miskin Pusat Jagaan Rukaiyah di Kompleks Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UKM merangkap Presiden Majlis Alumni UKM, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.
Seramai 36 orang anak-anak yatim/miskin telah menerima sumbangan duit raya dari Pusat Perhubungan Alumni UKM. Sumbangan berbentuk baju raya juga turut diberikan oleh alumni UKM iaitu En. Sabri Leman (FEP, 2016)
Semoga majlis ini membawa kegembiraan serta memberi makna kepada anak-anak di pertubuhan ini.
