ALUMNI CARE: SANTUN & SUMBANG SAHUR BUAT GELANDANGAN
Pada 21 Mac 2025, Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui inisiatif Flagship Alumni Care telah menganjurkan program Santun & Sumbang Sahur Gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini dimulakan dengan pelepasan konvoi oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak di Dataran Canselori UKM pada jam 8.30 malam dan berakhir pada 12.00 tengah malam.
Seramai 200 gelandangan disantuni dengan sumbangan berupa pek bakul makanan, tuala wanita, pampers bayi, ubat dan berus gigi serta makanan sahur. Program ini melibatkan 40 sukarelawan serta berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,000.00 daripada syarikat alumni dan NGO, termasuk Lightgreen Enterprise Sdn. Bhd, Yayasan Al-Manjie, Palace Butcher Resources, dan Pertubuhan Jejak Jalanan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan program ini. Turut hadir bersama YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM; YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM dan YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) ALUMNI-UKM.
