ALUMNI PRIHATIN
Presiden Persatuan Alumni UKM Sarawak, YB Datuk Julaihi Narawi bersama-sama dengan AJK Persatuan Alumni telah mengadakan kunjungan hormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg sebanyak RM71,400 untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak (Covid-19).
Sumbangan ini adalah hasil dari kutipan daripada ahli-ahli alumni UKM Sarawak sejak dari bulan Ogos yang lalu.