BICARA ALUMNI KANSER SERVIK : CEGAH SEBELUM PARAH

Pada 14 Mac 2024, Pusat Perhubungan Alumni telah mengadakan satu siri Bicara Alumni bertajuk Kanser Servik-Cegah Sebelum Parah.
Panel jemputan bicara alumni yang dijemput khas adalah Dr. Jamil bin Omar yang merupakan Pakar Perunding Gine-Onkologi, Jabatan Obstetrik-Ginekologi, Institut Kanser Negara. Beliau merupakan alumni Fakulti Perubatan tahun 1995 dan 2002. Moderator bicara alumni ini adalah Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti & Jaringan), Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Dr. Jamil telah berkongsi dengan lebih mendalam tentang apa itu kanser servik, bagaimana kanser boleh berlaku, kepentingan suntikan vaksin HPV dan kaedah pencegahan kanser servik. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton.
Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM dan YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) ALUMNI-UKM.