BOX OF HAPPINESS 2.0

Persatuan Alumni Kejururawatan UKM (ALUMRA) pada 16 Mac 2024 telah selesai menyempurnakan SIRI JELAJAH “BOX OF HAPPINESS” 2.0, 2024.
Majlis perasmian telah disempurnakan di Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan, Blok Pendidikan, Fakulti Perubatan UKM. Program ini dianjurkan bersama Persatuan Mahasiswa/Mahasiswi Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP).
Program telah dirasmikan oleh YBrs. En. Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM, dan turut dihadiri oleh Professor Madya Dr. Jemaima Che Hamzah, Timbalan Dekan (Prasiswazah), Fakulti Perubatan UKM.
“Box of Happiness” edisi ke-2 ini merupakan satu program yang mampu memupuk sifat kasih sayang dengan menyampaikan “Kotak-kotak Kegembiraan” bagi menghidupkan Ramadan pada tahun ini kepada penerima yang tergolong daripada Asnaf-asnaf disekitar Lembah Klang.
Sumbangan yang diterima adalah daripada individu-individu dan juga organisasi bagi memenuhi keperluan kotak kegembiraan. Turut menyumbang bagi menjayakan program ini adalah Mr. DIY. Kotak-kotak kegembiraan ini merangkumi barangan keperluan makanan dan harian bagi meringankan beban penerima sepanjang bulan Ramadhan ini.
Segala persiapan dan persediaan disempurnakan secara berperingkat daripada proses pembelian barangan dan juga persiapan kotak dengan kerjasama pelajar-pelajar kejururawatan (PERSIAP). Pada malam 15 Mac 2024, satu majlis berbuka puasa dijalankan bagi menghargai usaha dan kerjasama pelajar-pelajar, dan sama-sama untuk membuat persiapan akhir bagi pengendalian struktur program sebelum hari kejadian. Majlis berbuka puasa ini diserikan juga oleh YBrs. Dr. Roslan bin Jaa’far, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Haty Hassan selaku Pengarah Program dan juga Pengerusi Alumra Sesi 2022-2024 yang telah berjaya merealisasikan program ini buat kali ke-2. Semoga ALUMRA dapat meneruskan program ini bagi tahun-tahun mendatang bagi manfaat semua.