DISKUSI PRA-BELANJAWAN 2024

5.10.2023 (Khamis)
Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif UKM (MINDA-UKM) dan UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB) telah menganjurkan Program Diskusi Pra-Belanjawan 2024. Barisan panelis dan moderator bagi diskusi yang terdiri daripada alumni UKM ini mengupas isu perbelanjaan dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan tenaga keterbaharuan.
Seramai lebih 100 orang hadir dalam diskusi ini. Turut hadir bagi pembukaan majlis ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat.