JEJAK ALUMNI @ HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM)

10 DISEMBER 2024
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni bersama YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharuddin (FPER 1998 & 2005). Beliau merupakan Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Turut hadir bersama YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham Md. Yusoff. Beliau Merupakan Pengarah Perubatan UKM Specialist Centre (UKMSC)
Dalam pertemuan ini, YBrs. Dr. Roslan berkongsi mengenai perkembangan program-program anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM yang bakal berlangsung, termasuk Majlis Santapan Diraja serta perkembangan terkini di UKM.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.