JEJAK ALUMNI @ MEDESERI EDINA SDN BHD

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Jejak Alumni Tersohor bersama YBrs. Dr. Irma Shida Abu Samah (FGG 2004), Pengasas Medeseri Edina Sdn Bhd. YBrs. Dr. Irma Shida Abu Samah (FGG 2004) merupakan Alumni UKM dari Fakulti Pergigian. Bermula sebagai Pegawai Pergigian di Hospital raja Perempuan Zainab II Kota Bharu (2004-2005), beliau kemudian menjadi Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Besar Kota Bharu (2005- 2006), Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Lundang Paku, Kota Bharu (2006-2007) dan Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Jalan Mahmood, Johor Bahru pada tahun 2007. Sejak 2007 sehingga kini, beliau merupakan pengarah dan pemilik Klinik Pergigian Irma Ariandi di Johor Bahru. Beliau juga merupakan Pengarah Irma Ariandi Enterprise dari 2015 hingga kini.
Delegasi dari UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM diiringi YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan), dan Puan Farah Farzana Rasol Ketua Pentadbiran. Pelbagai perkara telah dikongsikan antaranya program kerjasama yang akan dilaksanakan dan perkembangan terkini Pusat Perhubungan Alumni dan UKM.