KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM KEPADA YBHG. PROF. DATO’ DR. RAZMAN JARMIN (FPER 1991, 1994, 2001)

13.3.2024 (Rabu)
Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin (FPER 1991, 1994, 2001), Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM).
Antara perkara yang dibincangkan ialah perkembangan terkini Pusat Perhubungan Alumni UKM. Pusat Perhubungan Alumni UKM turut berkongsi maklumat mengenai inisiatif yang telah diambil dalam usaha meningkatkan keterlibatan alumni melalui program-program yang dianjurkan.