LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN KEMAJUAN INSTITUSI (CARIA) UM KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM (ALUMNI-UKM)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menerima lawatan Penanda Aras dari Pusat Hubungan Alumni dan Kemajuan Institusi (CARIA), Universiti Malaya. Delegasi diwakili oleh En. Mohd Naufal Omar, Pemangku Pengarah, Pusat Hubungan Alumni dan Kemajuan Institusi (CARIA) bersama En. Mohd Hairolnezam Kahmis, Penolong Pendaftar Kanan dan En. Aizad Hazim Roslan, Penolong Pendaftar.
Delegasi disambut baik oleh YBrs. Dr. Roslan Jaafar, Pengarah ALUMNI-UKM YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah Pemasaran dan Penjanaan ALUMNI-UKM; Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran ALUMNI-UKM dan kakitangan pusat.
Lawatan ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan lagi prestasi kedua-dua pihak terutamanya dari segi pengurusan alumni dan potensi kolaborasi antara Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Pusat Hubungan Alumni dan Kemajuan Institusi (CARIA) UM. Sesi pertukaran idea dan informasi juga berjalan dengan lancar.