MAJLIS IFTAR ALUMNI BERSAMA RUMAH PENYAYANG BESTARI
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah berjaya mengadakan Majlis Iftar Alumni Bersama Rumah Penyayang Bestari Kuala Langat. Majlis ini adalah anjuran Pusat Perhubungan Alumni (PHA) bersama Majlis Alumni Universiti (MAU).
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin yang bersama-sama menyantuni anak-anak ini. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Iftar dan moreh, sumbangan duit raya, kelengkapan sekolah, baju raya serta sumbangan kepada rumah Penyayang. Majlis berjalan dengan lancar dengan penuh kegembiraan diraut wajah anak-anak ini.Jumlah kutipan sumbangan alumni pula melebihi RM10,000.