MAJLIS PECAH TANAH KOMPLEKS ALUMNI UKM
Alumni UKM mencipta sejarah.
Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kompleks Alumni UKM bertempat di Danau Golf, hari ini. Sebanyak RM 2.2 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih Kompleks Alumni yang dijangka siap pada Oktober 2023. Kompleks ini bakal memuatkan beberapa ruang seperti Pejabat Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni, Pusat Operasi Alumni serta Ruang Komersial seperti bilik seminar dan kafeteria.
Kompleks Alumni ini merupakan suatu simbolik kebanggaan UKM yang secara langsung menandakan betapa kukuh dan utuhnya hubungan universiti watan ini bersama alumninya.
Hadir sama ke majlis ini ialah, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak; Ybhg. Dato’ Yeow Wah Chin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi; Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM; Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari UKM; Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM; Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM dan Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) UKM.
Tahniah kepada Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diterajui oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab. Rahman di atas kejayaan yang bersejarah ini!