MAJLIS PELANCARAN BILIK TAJAAN PENGINAPAN, BIASISWA SULUNG 3.0 DAN SISTEM ePRIHATIN

Pada 12 November 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bilik Tajaan Penginapan, Biasiswa Sulung 3.0, dan Sistem ePrihatin – sebuah program yang mencerminkan komitmen kukuh di bawah pelan strategik, Prof Madya Dr. Mohd Suzeren Mohd Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Inisiatif ini bertujuan memperkukuh sokongan kebajikan serta pembangunan akademik untuk pelajar UKM, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Menerusi inisiatif Bilik Tajaan Penginapan yang dilancarkan, sumbangan berjumlah RM451,200 dapat menaja sebanyak 51 bilik kediaman di 10 buah kolej, dan dapat mengurangkan beban kewangan seramai 408 pelajar sepanjang tempoh empat tahun. Selain itu, melalui Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG 3.0) pada tahun ini, peruntukan sebanyak jumlah RM 1,458,649.00 telah ditaja bagi UKM terus komited dalam memperluaskan akses pendidikan kepada golongan yang memerlukan. Seterusnya, UKM buat pertama kalinya melancarkan Sistem e-Prihatin yang bertujuan kebajikan pelajar sentiasa dikemaskini supaya bantuan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan serta memudahkan pelajar memohon pelbagai bentuk bantuan kewangan seperti bantuan yuran, sara hidup, rawatan perubatan dan sebagainya. Semoga kerjasama baik ini diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’Yeow Wah Chin; Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Encik Hirman bin Awang @ Semail; Pusat Perhubungan Alumni UKM; Dr. Roslan Ja’afar dan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Insklusif) Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM; Dr. Nuwina Akmal Anuar