MAJLIS PELANCARAN DANA WAKAF KHAS ALUMNI DAN HI TEA
Majlis Pelancaran Dana Wakaf dan Hi Tea telah berjaya dijalankan pada 15 Oktober 2021. Majlis dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri. Mohd Zuki bin Ali. Turut hadir, Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Mantan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali serta Presiden Majlis Alumni UKM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak.
Moga hubungan alumni-universiti semakin kukuh dan utuh. Terima kasih kepada Yayasan Canselor UKM, Pusat Teknologi Maklumat UKM, Pusat Komunikasi Korporat UKM, warga UKM dan sahabat alumni UKM.