MAJLIS PELANCARAN PRODUK ‘SIGNATURE’ ALUMNI UKM DAN HI TEA
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Produk ‘Signature’ Alumni UKM dan Hi Tea bersama alumni ternama UKM. Universiti sangat terharu dengan kembalinya alumni denganmembawa nama yang begitu hebat hasil daripada bimbingan dan didikan Universiti Watan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Pengarah Universiti dan pengurusan tertinggi UKM yang hadir menyantuni alumni yang diterajui oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak (Pengerusi LPU UKM) dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman (Naib Canselor UKM).
Lebih daripada 60 alumni ternama hadir ke Persada Canselori dan sebanyak RM130,000 dana telah dikumpulkan untuk mengisi Tabung Kompleks Alumni. Turut diraikan adalah aktiviti penjanaan Pusat Perhubungan Alumni UKM seperti Kembara Watan (RM28,000), Projek Buku Mewah (RM140,000) dan Misi Bantuan Kasih (RM250,000) yang mana kesemuanya adalah hasil daripada sumbangan alumni.
Terima kasih tidak terhingga kepada penasihat program iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin (Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) dan sekretariat penganjur yang terdiri daripada Pusat Perhubungan Alumni, Penyelaras Alumni, Pusat Kebudayaan, Pusat Komunikasi Korporat, Pusat Teknologi Maklumat, Jabatan Pembangunan Prasarana, UKM Bikers dan Bahagian Keselamatan.
Jiwa Universiti Watan