MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS ALUMNI UKM DAN JAMUAN RAYA ALUMNI-UKM

3-5-2024
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Majlis Perasmian Kompleks Alumni UKM dan Jamuan Raya Alumni-UKM yang diadakan di Kompleks Alumni UKM. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman; Ahli Lembaga Pengarah, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali dan Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr. Roslan Ja’afar.
Pada majlis ini juga, Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menerima sumbangan dari UKMShape yang bernilai RM200,000 bagi pembelian perabot baharu di Kompleks Alumni UKM.
Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni dan warga UKM yang menyumbang dan membantu dalam pembangunan Kompleks Alumni UKM ini.