MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI KEJURURAWATAN UKM (ALUMRA)
Persatuan Alumni Kejururawatan UKM (ALUMRA) pada 20 Januari 2024 telah selesai menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 di Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan, Blok Pendidikan, Fakulti Perubatan UKM. Program ini dianjurkan bersama Persatuan Mahasiswa/Mahasiswi Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP).
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Roslan bin Jaa’far, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM dan turut dihadiri oleh Professor Dr. Hamidah Hassan, Ketua Unit Pendidikan Kejururawatan, Universiti Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan alumni UKM. Selain itu, program ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Zarinah Abdul Aziz, Ketua Program Diploma Kejururawatan, City University Malaysia mewakili Pengarah Kejururawatan KKM.
Dalam sesi perkongsian yang diadakan, banyak disentuh berkenaan kerjaya profesionalisme kejururawatan. Terdapat juga sesi sembang santai bertajuk “Leaders expectations towards nurses in UKM dan Dr Mohd Arif Atarhim adalah sebagai moderator dalam sesi tersebut. Diharapkan agar segala amanat yang disampaikan menjadi pedoman buat semua pelajar dan rakan-rakan alumni Kejururawatan yang hadir.
Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Muazzam bin Jamaluddin, yang telah dipilih sebagai Pengerusi ALUMRA bagi tempoh 2024 hingga 2026. Semoga ALUMRA dapat lebih aktif melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat pada masa akan datang.