MISI BANTUAN KASIH KUALA KRAI KELANTAN
Misi Bantuan Kasih UKM ke Kelantan telah berjaya dijalankan pada 11 hingga 12 Januari 2021 oleh Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama UCTC UKM, Pusat Zakat UKM, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Task Force Kuala Krai, Pengerak Komuniti Negara (PKN), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 500 pek beras termasuk barang keperluan asas dan juga bayi telah diagihkan.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk misi bantuan ke Kelantan ini.