SIRI SYARAHAN ALUMNI UKM

Perkembangan Sosioemosi dan Gangguan Perkembangan Neuro Kanak-Kanak Awal
13-5-2024 (Isnin)
Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (FSSK) telah menganjurkan siri Syarahan Alumni yang menampilkan Cik Khuldiah Iman Mohd Ghazali (FSSK 2018, FSK 2020). Beliau merupakan Pegawai Psikologi (Klinikal) di Jabatan Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Syarahan Alumni telah diadakan di Dewan Kuliah FSSK dimana syarahan ini ditindikkan dengan kursus SKPX 2023 Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja.
Sesi Syarahan Alumni ini bermula dengan ucapan pembukaan dari Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, YBrs. Dr. Roslan Ja’afar. Turut hadir dalam sesi Syarahan Alumni ini ialah YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM.
Antara perkara yang dikongsikan oleh Cik Khuldiah Iman Mohd Ghazali ialah berkaitan dengan perkembangan sosioemosi dan gangguan perkembangan neuro terhadap kanak-kanak awal dan juga pengalaman ketika beliau menuntu ilmu di UKM.