ZIARAH ALUMNI UKM
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, YBrs. Dr. Roslan Ja’afar bersama Wakil Pusat Zakat UKM, Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim telah menziarahi alumni UKM iaitu Encik Nassrul Nasir (FSSK 2008) di Negeri Kedah. Beliau kini menghidap sakit strok sebelah kiri.
Sumbangan dari Pusat Zakat UKM turut disampaikan kepada beliau agar sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk sihat seperti sedia kala.