Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

BILIK HAIWAN (TIKUS)

Jabatan juga mempunyai bilik haiwan yang mampu menampung sehingga 100 ekor tikus pada satu-satu masa. Haiwan-haiwan ini digunakan adalah untuk tujuan penyelidikan sahaja dan berada di bawah pengawasan Jawatankuasa Etika Haiwan UKM. Buat masa ini, bilik ini hanya mampu menampung tikus besar (rats) dan bukannya tikus mencit (mice) atau lain-lain haiwan makmal. Terdapat peralatan mencukupi untuk tujuan manipulasi asas seperti pemberian makanan, pengambilan tekanan darah, pengukuran berat badan dan morfologi lain. Bagi manipulasi lain, ianya dilakukan di bilik berasingan.

CODA (1)

Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui maklumat lebih lanjut 

Oplus_0

En. Muhammad Zulkarnain Mohd Zuki

Pembantu Perawatan Kesihatan U11

03 – 9145 8724
arezul5561@ukm.edu.my