Ini adalah kursus yang dijalankan sama ada secara sepenuh masa (dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun (enam semester) dengan maksimum enam tahun (dua belas semester) – dibuka kepada penuntut dari dalam dan luar negara) atau secara sambilan (penuntut dalam negara sahaja). Program ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mampu dan berdikari dalam penyelidikan dan dapat memimpin aktiviti penyelidikan di masa depan. Di samping itu, calon dilatih untuk sentiasa memiliki pengetahuan terkini dalam bidang penyelidikan dan dapat merancang, mentadbir projek penyelidikan serta mendapatkan geran dari pelbagai sumber. Setiap calon dikehendaki mengemukakan tesis sebagai memenuhi syarat sebelum dianugerahkan ijazah Kedoktoran.
Permohonan untuk program ini adalah dibuka sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan syarat kemasukan, sila rujuk kepada pautan maklumat lanjut di bawah.
Projek penyelidikan di jabatan tertumpu pada bidang-bidang utama seperti berikut:
- Kultur sel dan tisu (Prof Dr Norzana Abd Ghafar, Dr Taty Anna Kamarudin dan Dr Nahdia Afiifah Abdul Jalil)
- Metabolisme tulang (PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan Dr Fairus Ahmad)
- Kardiovaskular (Prof Dr Srijit Das dan Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim)
- Penyembuhan luka (PM Dr Teoh Seong Lin dan Prof Dr Srijit Das)
- Neurosains (PM Dr Teoh Seong Lin dan Dr Mohamad Fairuz Yahaya)
- Enzim stres (Dr Fairus Ahmad, PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan Dr Mohd Amir Kamaruzzaman)
- Sindrom metabolik (Dr Fairus Ahmad, Dr Mohamad Fairuz Yahaya, PM Dr Elvy Suhana Mohd Ramli dan PM Dr Teoh Seong Lin)
Pautan:
Untuk maklumat lanjut mengenai program pascasiswazah kami, sila hubungi:
Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin
Penyelaras Pascasiswazah Jabatan Anatomi
+603-9145 8635
teohseonglin@ppukm.ukm.edu.my