Jabatan juga mempunyai kemudahan lengkap untuk tujuan pengawetan sesuatu mayat. Pengawetan merupakan suatu proses di mana mayat yang akan digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran akan diawet dengan bahan kimia bagi mengekalkan keasliannya serta tahan lama. Bilik ini dilengkapi dengan meja bedah siasat (autospy table), peti ais penyimpanan kadaver dan mesin pengawet .
Selain dari itu, kami juga menyediakan kursus pengawetan kadaver sama ada untuk tujuan pendidikan (institusi pengajian tinggi) ataupun untuk syarikat pengurusan jenazah yang berminat . Sila rujuk bahagian Khidmat Pengawetan Kadaver.
Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui syarat dan terma yang telah ditetapkan.