Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

KHIDMAT PENGAWETAN KADAVER

Pengawetan (Embalming) merupakan suatu proses di mana mayat yang akan digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran akan diawet dengan bahan kimia bagi mengekalkan bentuk asal serta tahan lama. Kadaver yang terhasil masih dapat mengekalkan keasliannya dalam tempoh masa yang lama dan dapat digunakan berulang kali oleh para pelajar. Ini merupakan kaedah pengawetan tradisional yang masih banyak digunakan oleh sekolah-sekolah perubatan.

Bahan pengawet yang biasa digunakan adalah formalin pada tahap kepekatan paling rendah. Formalin merupakan bahan kimia terkawal digunakan selalu sebagai bahan pengawet, antiseptik dan disinfektan. Disebabkan ianya mudah meruwap, dan berpotensi sebagai karsinogen, ianya harus dikendalikan dengan cermat dari awal penggunaan sehinggalah pembuangannya.

Oplus_131072

Menyedari kerumitan untuk menguruskan teknik pengawetan ini, pihak jabatan menawarkan kursus pengawetan terbuka kepada syarikat pengurusan jenazah,institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang berminat.  

Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui syarat dan terma yang telah ditetapkan.

jimmy

En. Shaiful Ridzwan Sapri

Juruteknologi Makmal Perubatan U36

03 – 9145 8642
srs9286@ukm.edu.my