Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

KHIDMAT PLASTINASI

Plastinasi merupakan satu kaedah pengawetan spesimen biologi yang berguna untuk kegunaan pembelajaran Anatomi. Ia adalah proses yang melibatkan penggantian air dan lemak dalam tisu biologi dengan bahan polimer yang dikenali sebagai silikon. Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Gunther Von Hagen di Heidelberg, Jerman pada tahun 1978. Spesimen yang telah melalui proses plastinasi disebut sebagai spesimen plastinasi. Spesimen yang dihasilkan menjadi keras seperti plastik tetapi masih mengekalkan struktur asalnya.

Kaedah ini memberi kemudahan kepada penyedia perkhidmatan dari segi pengurangan kos penyelengaraan dan kepada pelajar dari segi kemudahan pembelajaran.

Menyedari kelebihan kaedah pengawetan plastinasi dan kekurangan kemudahan pengembalman pada kebanyakan institusi, kami menawarkan khidmat plastinasi kepada institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang berminat untuk mengawet kadaver mereka menggunakan kaedah ini. Kami berupaya untuk menyediakan perkhidmatan plastinasi penuh (keseluruhan tubuh) mahupun anggota tubuh atau organ dalaman. Kami juga menawarkan khidmat diseksi kadaver sebelum plastinasi.

fiza plastinasi (1)

Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui syarat dan terma yang telah ditetapkan.

natasya

Pn. Natasya Nadia Sahruddin

Juruteknologi Makmal Perubatan U6

03 – 9145 8652
natasyanadia@ukm.edu.my