Jabatan juga mempunyai makmal kultur tisu (Makmal 4) tersendiri yang terletak di aras 9, Bangunan Pra Klinikal. Makmal kultur tisu ini digunakan oleh para penyelidik dan pelajar untuk kajian penyelidikan kultur sel dan tisu.
Makmal ini di lengkapi dengan peralatan seperti :
Kabinet biokeselamatan (BioSafety Cabinet)
Inkubator CO2
Mesin pengempar (centrifuge)
Mikroskop inverted
shaking water bath
Kesemua alat ini di letakkan di dalam satu bilik khas supaya semua aktiviti kajian penyelidikan berada dalam keadaan steril dan mengelakkan pencemaran ke atas sel yang dikultur.
Di ruang hadapan makmal pula dilengkapi dengan :
Mesin air ultra pure
Peti ais -80˚C Eppendorf
Peti ais -30˚C Panasonic
Peti ais biasa
Penimbang analitikal
Penyukat pH meter
Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui maklumat lebih lanjut