Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

MAKMAL PENYELIDIKAN UMUM

Jabatan Anatomi mempunyai 3 makmal penyelidikan iaitu Makmal Penyelidikan 1 (Proteomik), Makmal Penyelidikan 2 (Ekstraksi) dan Makmal Penyelidikan 3 (Genomik).  Makmal-makmal ini berada di tingkat 9 Bangunan Praklinikal,Fakulti Perubatan,HCTM. Ia digunakan oleh para penyelidik kami serta pelajar-pelajar pascasiswazah dan prasiswazah untuk tujuan penyelidikan.

Makmal ini diasaskan untuk mengkaji protein. Buat masa ini ianya dilengkapi dengan peralatan asas yang mampu untuk menganalisa protein dari segi kuantifikasi. Jabatan mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi bentuk kajian di masa hadapan yang meliputi identifikasi, pengasingan dan pengkelasan protein. Di antara peralatan yang terdapat di makmal ini adalah mesin ELISA dan homogenizer.

 

Makmal ini pula ditubuhkan bagi tujuan pengekstrakan tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana kebanyakan penyelidikan di jabatan ini tertumpu kepada peranan herba semulajadi dalam melawan penyakit, penghasilan ekstraksi tumbuh-tumbuhan tanpa bergantung kepada makmal luar ini menjadi satu kelebihan kepada para penyelidik dalam mengurangkan tempoh masa penghasilan dan peningkatan kualiti produk. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan seperti ‘freeze dryer’ dan ‘extractor’.

Makmal genomik ditubuhkan untuk mengkaji antara lainnya struktur dan fungsi genom. Genom merupakan set lengkap DNA sesuatu organisma. Walaupun peralatan yang dimiliki agak asas seperti mesin rt-PCR dan ‘image analyser’, pihak jabatan berhasrat untuk mengembangkan lagi penyelidikan genom di masa akan datang yang meliputi pemetaan, evolusi dan penyuntingan genom.

Untuk penyewaan penggunaan peralatan di makmal-makmal ini, sila rujuk kepada Sewaan Peralatan di bawah menu Perkhidmatan.

Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui maklumat lebih lanjut

yana

Pn. Nurul Iliyana Rumli

Juruteknologi Makmal Perubatan U5

03 – 9145 8417
nuruliliyana@ukm.edu.my