Penyediaan slaid merupakan suatu proses yang rumit yang memerlukan pengetahuan teknikal dan kemahiran yang tinggi serta kelengkapan dan bahan kimia yang mencukupi. Menyedari hakikat ini, Jabatan Anatomi menawarkan perkhidmatan penyediaan slaid ini bagi menampung keperluan institusi-institusi pendidikan berkaitan sama ada dari dalam dan luar negara. Caj yang dikenakan adalah lebih murah dan berpatutan serta kualiti yang lebih terjamin. Di antara pewarnaan yang kerap digunakan adalah:
Pewarnaan Hematoksilin Dan Eosin
Pewarnaan Gordon Sweets
Pewarnaan VVG
Pewarnaan Masson Trichrome
Pewarnaan PAS
Di antara institusi pengajian yang pernah melanggan perkhidmatan kami adalah :
International Medical University (Malaysia)
School of Medicine, Maldives National University (MNU)
Newton International College Kuala Lumpur Malaysia
Sunway University
Sila berhubung dengan pegawai kami bagi pertanyaan pewarnaan selain daripada yang tertera di atas atau maklumat lebih lanjut