Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

MUZIUM ANATOMI

Muzium Anatomi terletak di tingkat 3 Bangunan Praklinikal, bersebelahan dengan perpustakaan pra-klinikal fakulti adalah sebahagian daripada muzium yang dikongsi bersama dengn Muzium Patologi. Muzium ini ditubuhkan sebagai salah satu usaha jabatan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping memupuk pembelajaran kendiri.  Di antara koleksi spesimen yang dipamerkan adalah koleksi plastinasi dan spesimen jar. Untuk memudahkan pembelajaran, spesimen dipamerkan mengikut sistem tubuh badan bermula dari sistem tubuh secara keseluruhan, tangan, kaki, sistem respiratori, sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen  dan lain-lain. Sebahagian daripada spesimen jar juga diwarnakan dan dilabel untuk memudahkan pelajar untuk mengenal pasti bahagian terbabit.

Secara umumnya muzium ini digunakan oleh:

  1. Pelajar Perubatan
  2. Pelajar Pergigian
  3. Pelajar Kejururawatan
  4. Pelajar Fakulti Sains Kesihatan
  5. Pelajar Pascasiswazah Anatomi
  6. Pelajar Pascasiswazah Pergigian
  7. Pelajar Pascasiswazah Surgeri
  8. Pelajar Pascasiswazah Otorhinolaryngologi
     

Lawatan akademik

Selain dari itu, muzium ini dibuka untuk tujuan lawatan akademik. Sila rujuk di bahagian Pakej Lawatan Muzium Anatomi .

Fakulti Sains Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LELA SEGARA,TERENGGANU

SINGAPORE POLYTECHNIC

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,sila berhubung dengan pegawai yang bertugas.

azlina

Pn. Noor Azlina Zulkefli

Juruteknologi Makmal Perubatan U32

03 – 9145 8714
noorazlina@ukm.edu.my