PROGRAM PASCASISWAZAH
Program Penyelidikan :
Doktor Falsafah (PhD)
TEMPOH PENGAJIAN
- 3 Tahun (Sepenuh Masa)
- 4 Tahun (Separuh Masa)
*Dibuka kepada penuntut dari dalam dan luar negara atau separuh masa penuntut dalam negara sahaja.
PENGAMBILAN PELAJAR
- Sepanjang tahun.
Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)
PROGRAM
- Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Penyelidikan
- Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Campuran (Kerja Kursus dan Disertasi)
TEMPOH PENGAJIAN
- Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Penyelidikan
Jangka masa program ini adalah selama 2 Tahun (sepenuh masa) dan 3 Tahun (separuh masa). - Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Campuran (Kerja Kursus dan Disertasi)
Jangka masa program ini adalah selama 2 Tahun (sepenuh masa).
STRUKTUR KURSUS
- Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Campuran (Kerja Kursus dan Disertasi)
Ini adalah kursus sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh 2 tahun (empat semester) denan maksimum 3 tahun (enam semester). Kursus ini terdiri daripada dua bahagian :1. Kerja Kursus (Tahun Pertama, 20 jam kredit)
2. Penyelidikan dengan Disertasi (Tahun Kedua, 20 jam kredit)
Setiap calon dikehendaki menyerahkan disertasi ke atas kajian yang dilakukan pada tahun kedua sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi). Seorang penyelia akan dilantik pada awal semester ketiga, calon perlu menyediakan cadangan penyelidikan untuk permohonan geran penyelidikan dan mendapatkan kelulusan etika penyelidikan. Laporan kemajuan calon akan dihantar kepada fakulti setiap enam bulan.
PENGAMBILAN PELAJAR
- Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Penyelidikan
Sepanjang tahun. - Sarjana Sains Perubatan (Anatomi) – UKM Mod Campuran (Kerja Kursus dan Disertasi)
Bulan September setiap tahun.