SOALAN LAZIM APEL.Q
Maklumat di dalam ruangan Soalan Lazim ini diekstrak daripada Laman Sesawang Rasmi APEL-MQA Soalan Lazim APEL.Q. Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat di antara maklumat soalan lazim pada laman sesawang ini dengan laman sesawang APEL-MQA, sila ikut maklumat daripada laman sesawang APEL-MQA.
No. | Soalan | Jawapan |
---|---|---|
1. | Apa itu APEL.Q? | APEL bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik [APEL.Q] ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan kelayakan program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). |
2. | Apakah perbezaan antara APEL.A dan APEL.C sedia ada dengan APEL.Q? | APEL sedia ada adalah untuk tujuan kemasukan ke PPT iaitu dikenali sebagai APEL (Access). APEL.C atau APEL (Credit) pula adalah untuk tujuan mendapatkan pindahan kredit. Melalui pelaksanaan APEL.A dan APEL.C, individu yang mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja boleh masuk ke program di PPT tetapi juga boleh menggunakan pengalamannya untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus tertentu dalam program pengajian. Justeru itu, pelajar dapat melengkapkan pengajiannya dalam tempoh yang lebih singkat. Bagi tujuan permohonan penilaian APEL.C., seseorang itu mesti berstatus pelajar (telah berdaftar dalam program pengajian di PPT). |
3. | Bilakah APEL.Q mula dilaksanakan? | APEL.Q mula dilaksanakan pada Julai 2021. |
4. | Siapakah yang akan melaksanakan penilaian APEL.Q terhadap pelajar? | APEL.Q akan dilaksanakan sendiri oleh PPT terhadap pelajarnya dengan syarat PPT tersebut telah mendapat kelulusan untuk mengendalikan APEL.Q daripada MQA. Bagi menjamin kualiti penilaian, PPT perlu melaksanakan APEL.Q dengan bertunjangkan Garis Panduan Amalan Baik: APEL.Q terbitan MQA yang merangkumi dasar pengendalian APEL.Q dan panduan pembinaan instrumen penilaian. |
5. | Adakah ditetapkan had umur untuk memohon APEL.Q? | Tiada. APEL.Q tidak seperti APEL.A yang menetapkan had umur tertentu bagi setiap tahap pengajian. |
6. | Adakah APEL.Q hanya terhad kepada warganegara? | Tidak. Permohonan APEL.Q terbuka kepada semua sama ada berstatus warganegara atau Antarabangsa. |
7. | Apakah kebaikan APEL.Q? | Antara kebaikan APEL.Q ialah:
|
8. | Apakah instrumen penilaian untuk APEL.Q? | Pelajar APEL.Q akan dinilai menggunakan instrumen berikut secara berurutan:
|
9. | Apakah penilaian Portfolio? | Portfolio adalah dokumen formal yang mengandungi kompilasi bukti pengalaman pembelajaran pelajar yang diperoleh dalam jangka waktu tertentu. Pembelajaran ini boleh berbentuk pembelajaran formal, tidak formal atau bukan formal. Portfolio akan dinilai berdasarkan pengetahuan / kecekapan program tertentu. |
10. | Apa yang dinilai dalam Lawatan Lapangan dan Pengesahan (FVV)? |
|
11. | Apakah ujian cabaran (CT)? |
|
12. | Apakah yang di maksudkan kursus Capstone dalam program? | Kursus Capstone menggabungkan hasil pembelajaran utama program dan menunjukkan bahawa pelajar telah menguasai disiplin teras pengajian mereka. Secara amnya, kursus capstone biasanya ditawarkan pada semester/ tahun akhir pengajian. Penilaian lisan yang komprehensif akan dibina dalam penilaian kursus capstone. Penilaian lisan ini bertujuan untuk:
|
13. | Apa yang akan dinilai dalam pelbagai instrumen penilaian yang dinyatakan di atas? | Hasil pembelajaran program (PLO) khusus untuk program yang dipohon oleh pelajar APEL.Q. |
14. | Berapa kali pelajar dibenarkan mengulang penilaian yang gagal? | Pelajar akan diberi sebanyak tiga percubaan untuk menebus status gagal dalam mana-mana mod penilaian (iaitu Portfolio, FVV, CT atau kursus Capstone). |
15. | Apakah kriteria untuk penganugerahan APEL.Q? | Untuk penganugerahan kelayakan akademik melalui APEL.Q, pelajar mesti:
|