BENGKEL PERKONGSIAN APEL UKM
Program: BENGKEL PERKONGSIAN APEL UKM
Tarikh: 31 Oktober 2023 (Selasa)
Tempat: Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM
[BENGKEL PERKONGSIAN APEL UKM]
Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik UKM telah mengadakan Bengkel Perkongsian APEL UKM pada 31 Oktober 2023 bertempat di Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM. Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM), Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman telah hadir bagi merasmikan bengkel tersebut.
Bengkel yang julung kali diadakan ini adalah untuk memberi perkongsian berhubung pengalaman, cabaran yang dilalui serta amalan baik yang dilaksanakan oleh UKM bagi setiap laluan APEL iaitu APEL.A, APEL.C dan APEL.Q. Bengkel ini juga dianjurkan untuk menyeru dan menggalakkan lebih banyak institusi awam mahupun swasta untuk turut serta dalam memperkukuhkan inisiatif APEL di institusi masing-masing yang menyokong agenda pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) negara.
Seramai 35 orang peserta telah menyertai bengkel perkongsian ini, iaitu melibatkan 13 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Turut hadir pada bengkel tersebut adalah Timbalan Pengarah (Dasar Akademik dan APEL), Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd Hamid, Encik Ridzwan Dzulkifle (Ketua Unit APEL), Cik Aina Ariesya Ahmad (Penolong Pendaftar Unit APEL), Dr. Rossilawati Sulaiman (Penyelaras APEL.A) dan Prof. Madya Dr. Kamsuriah Ahmad (Penyelaras APEL.C).
#UKM #AkademikUKM