PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PUSAT PENILAIAN PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU
Program: PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PUSAT PENILAIAN PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU
Tarikh: 29 Februari 2024 (Khamis)
Tempat: Bilik Mesyuarat Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM
[PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PUSAT PENILAIAN PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU]
Unit APEL, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah menjalani Penilaian Pematuhan Akreditasi Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganuerahan Kelayakan ( Accreditation of Prior Experiential Learning for Award of Academic Qualifications, APEL.Q) APEL.Q/0004-N pada 29 Februari 2024 (Khamis).
Sesi lawatan penilaian ini telah dihadiri oleh para auditor dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Puan Nor Mauzurah Md Amran dan wakil dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta iaitu Taylor’s University, YBhg. Prof. Dr. Chong Siong Choy dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBrs. Prof. Madya Dr. Kamarularifin Abd Jalil.
#UKM #AkademikUKM