TATACARA PERMOHONAN DAN PENILAIAN APEL.A
- Membuat permohonan di portal MQA https://www2.mqa.gov.my/apel_a/
- Mendaftar di Sistem Pengurusan APEL UKM https://apel.ukm.my/
- Menghantar dokumen seperti salinan kad pengenalan/sijil diploma/transkrip yang telah disahkan kepada Pusat Penilaian APEL UKM menerusi emel apela@ukm.edu.my
- Log masuk di Portal Penilaian APEL UKM https://apel.ukm.my/lms/ setelah menerima emel pemakluman keputusan saringan kelayakan calon oleh PPA UKM.
- Calon menjalani ujian aptitud mengikut tarikh yang dijadualkan.
- Calon menyediakan dokumen portfolio mengikut format yang ditetapkan.
- Calon memuat naik dokumen portfolio ke dalam Portal Penilaian APEL UKM setelah lulus ujian aptitud.
- PPA UKM memaklumkan tarikh temuduga kepada calon (calon APEL T-7 sahaja).
- Calon menyemak keputusan keseluruhan dalam Sistem Pengurusan APEL UKM.
- PPA UKM mengemukakan senarai calon yang lulus penilaian kepada MQA.
- MQA menghantar emel pemakluman lulus penilaian kepada calon.
- MQA mengeluarkan sijil APEL.A kepada calon.