Article Info

The Undergraduate Learning Style and Achievement in Programming Language amongst Undergraduates at FTSM

Hazilah Mohd Amin, Nur Haizum Mustafa
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2014-0302-01

Abstract

Pencapaian pelajar universiti sering dikaitkan dengan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Gaya pembelajaran mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap program pengajian pelajar. Walau bagaimanapun, kajian tentang sejauh mana kebenaran ini terhadap pelajar institusi pengajian tinggi tempatan masih belum banyak dilakukan. Justeru, kertas kerja ini cuba mengupas isu tersebut berdasarkan kajian ke atas 143 orang pelajar prasiswazah FTSM, UKM. Instrumen Index of Learning Styles (ILS) diguna untuk menentukan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan empat subskala: Active-Reflective, Sensing-Intuitive, Visual-Verbal and Sequential-Global. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Regresi Berganda dan Korelasi. Dapatan kajian mendapati majoriti responden cenderung kepada gaya pembelajaran Active, Sensing, Visual dan Sequential. Seterusnya, Model Regresi Berganda mendapati kaum seseorang pelajar dapat meramal pencapaian dalam kursus Pengaturcaraan dan Reka Bentuk Sistem. Bagaimanapun, dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian PNGK dan tahap pencapaian Kursus Pengaturcaraan. Pengetahuan dan pemahaman dalam gaya pembelajaran dapat membantu individu belajar dengan cekap. Hasil kajian ini dijangka dapat membantu pelajar memanfaat gaya pembelajaran mereka. Di samping, membantu pengajar di universiti membina strategi pengajaran yang berkesan dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

keyword

Indeks gaya pembelajaran, pelajaran Sains Komputer, kemahiran pengaturcaraan

Area

Multimedia and Usability